Tuesday, May 14, 2013

padan muka aku

salam all,

isnin lepas balik dari keje..redah jammed
semalam gi keje n balik keje ok la tak berapa jammed
hari ni pagi gi keje kul 9.30 pg pon jammed.. alahai kl..
sekarang ni bunyi guruh..sure lebat jaap lagi..
eh guruh tak semestinya hujan.. hiks

pagi tadi aku bangun lewat
otipun lepas dengar cik melah bising2..
cik melah membebel suh mandi cepat..yer la nnt baju tak lambat basuh kan
masa cik melah membebel n marah2 aku pun menyampuk ckp cik melah
"mak jangan marah-marah pepagi buta ni mak.. nnt rezeki tak masuk mak"
pastu cik melah pon sound direct kat aku
"kepala hotak kau pepagi buta..ko tak nampak langit dah tinggi tu.. apa la nak jadi.."
cisssss... baru kejap tadi aku rasa baru pas subuh.. takkan kejap dah tinggi langit..
confirm aku lambat masuk opis.. 8.30 baru bngun tid..mmg la lambat..for sure lambat..
sib baik tak ada apa-apa appointment.. dan juga
sib baik aku bos kecik kat kat opis ni..so masuk lambat pon tarak hal

k nak sambung main game..
*addicted ngan candy crush... ntah la apa yang boleh jadi ketagih nih..

Monday, May 13, 2013

ceritera itu tidak pernah habis

dulu tak sama sekarang
sekarang tak macam dulu
dulu tak banyak cerita
sekarang banyak cerita

dulu tak banyak nak fikir
sekarang banyak kena fikir
dulu tak perlu selindung
sekarang banyak kena selindung

cerita pasal ceritera bukan hikayat
ceritera sedih ceritera gembira
ceritera yang tidak pernah habis
ceritera yang sentiasa berubah-ubah

ceritera itu perlu dijaga
adakala ceritera itu perlu dicerita
cerita pasal ceritera itu bukan untuk mengungkit
ceritera itu boleh buat seseorang itu sedar apa perlu dijaga

jaga diri, jaga tingkah laku
jaga adab, jaga kata-kata
jaga perhubungan, jaga silaturahim
jaga hati, jaga amanah

nak tempuh hidup bukan senang
banyak yang dikorban dan dikorbankan
kalau jaga diri pun banyak perlu dikorban
apatah lagi untuk menjaga orang lain

jangan pentingkan diri
pentingkan orang lain juga
hargai apa yang ada dan pernah ada
ingat masing-masing ada ceritera masing-masing

hidup tak lekang dengan dugaan
dugaan itu bagus, dugaan itu buat kita sedar
nak jadi baik bukan senang apatah lagi jadi yang terbaik
nak jadi baik hidup kena lengkap

sebelum kita lengkap pasti ada jasa
jasa itu bukan dari kita tapi dari orang lain
ada jasa perlu dibayar dan ada jasa tak perlu dibayar
jasa itu tak perlu diungkit tapi kadang-kadang perlu diingatkan

seperti kamu nak dihormati
kamu juga kena menghormati
hormat pada semua terutama yang berjasa
barulah kamu akan sedar diri dan dapat penghormatan

janganlah hidup mendongak langit
berjalanlah pada jalan lurus
kita hidup kena sentiasa beringat
kehidupan kita ini sangat kudus

orang kata kalau ikhlas tak akan ungkit
tpi aku cakap ungkit tu perlu agar kita sedar siapa diri kita
ingat kata-kata itu ibarat pisau mengguris hati
diluar kita tidak dapat lihat didalam hati siapa tahu

faham????
okbai

hobi masa lapang

salam all,


last saturday aku meniaga air..


haaa air soya..air milo dah habis.. tak sempat nak amik gambar.. sajer je suka2 niaga ni..  nak kata hobi. boleh la juga..sbb aku mmg suka giler niaga air sedap.. sebab aku pun suka air sedap.. hahahaha.. 
apapun air soya aku mmg terbaik.. berkat bangun 4 pagi masak air soya dengan penuh kasih sayang.. 

Thursday, May 9, 2013

yang mana satu ni

salam all,

ha tadi tetina kawan aku call nak ajak gi bercuti sempena birthday dia.. ok tengah bulan.. pastu dekat plak tarikh mak aku nak gi umrah..so erti kata lain masa tu aku tak berapa nak ada  duit la kan. aku pn ok je.. ala takat berapa ratus ok lagi kot... tp kalau ada org sponosr lagi beeessstttt... hahahahah

tapi itu bukan persoalannya.. yang pening sekarang ni..kawan-kawan aku ni kan sorang nak naik keretapi, sorang nak naik flight, sorang nak naik bus, sorang sanggup driving..haaa semua pilihan ada..kecuali jaln kaki la kan.. hahaha


aku tak kisah mana-mana je aku leh ikut... bukannya aku tak pernah naik bus, keretapi, kereta etc.. tapi aku lebih suka naik keretapi la

kenangan bersama family.. last year vacation.. langkawi.. we all semua naik keretapi best sebenarnya....




adik aku n akak ipar

tido time

subuh di keretapi

celik mata lihat hijau


Tuesday, May 7, 2013

terbayang

salam all,

haaa..ni tetiba je aku terbayang makanan ni
heh....parah dah aku ni

sup tulang merah.. singapore..mmg best.. terbaikkk

aku dan anak buah

salam all

aktiviti bersama anak buah 2 ketol ni
ain n sofe


hehehe confirm la aku yang lukis ni
cuba teka mana tangan ain n mana tangan sofea



walaupun berlainan kita mempunyai satu hati... sayang semua!!!

Hormat

salam all,

minggu lepas aku terina surat dari sebuah organisasi nak buat inspection katanya..surat itu tertulis pukul 10 pagi.. so aku pun macam baiasa la tnggu kedatangan pegawai terbabit.. kebetulan aku mmg terlewat g opis so mmg tak breakfast pun cuma smpat minum milo segelas sbagai alas perut. yer la kita takut la nnt pegawai tu datang kita tak bersedia lak kan

nak dijadikan cerita tunggu punya tunggu smpai 12,30 tak muncul tiba..peruit aku dah mula krik kruk krak dah..mmg dah tahap gigil tahan lapar ni..even satu panggilan telefon pun tak dapat. yer la selalunya pegawai yang buat inspection akan call ckp tak jadi atau terleweat.. ini langsung tak de call aku.. so aku pun anggap tak jadi la perjumpaan tu.. dan dengan senang hati aku keluar makan..yer la time rehat.. dan kebetulan aku tapau je makanan..

sampai di opis aku tgok pegawai tu ada diluar opis.. so salah sorg staff aku ckp la.."Encik pergi la rehat dulu, sekrang waktu rehat".. tpi dengan sombong pegwai tu berkata "saya tak ada masa dah, saya cari parking pun sejam, lepas ni saya ada kat sykt lain dan kalau tak nak layan saya saya bagi notis terus".. wah sungguh enak ayat kamu wahat encik inspection..

mmg sangat sombong encik itu, lalu aku pun berkata.. tak pe la encik masuk dulu.. kejap lagi saya datang tapi encik tu masih marah2 lagi.. sampai aku kena pujuk "encik masuk la dulu" ciss tak pernah aku begitu.. sebenarnya ikut hati mmg nak je aku marah.. yer la kau sepatutnya kena hormat time rehat orang sebenarnya.. mcm company aku ni bleh la toleransi sikit cuba pergi sykat yang time rehat tu la time dia nak mkn, solat dan berehat confirm encik kena maki.. encik kena tahu..pekerja swasta time rehat dia tak bebayar gajinya..dan nak-nak kalau company tu sgt berkira lagi la encik kena hormat masanya..

nasib baik aku bleh tahan lapar perut ni tadi.. kalau tak ada gak pengsan kat  opis ni

so hormatila masa...

salam all


Monday, May 6, 2013

ketidaksempurnaan dalam hidup

salam all,

semua tidak sempurna
termasuk aku juga tak sempurna
tapi aku cuba jadi sempurna untuk agama, diri, keluarga dan bangsaku
acap kali didebat tentang perkara sentimen
tapi aku tidak peduli sebab aku tahu kita semua tidak sempurna

ketidaksempurnaan itu bukanlah faktor pada seseorang itu untuk tidak sempurna
ia bergantung pada situasi keadaan
tak perlu dipertikai dan dipersoalkan
sebab memang kita ni tidak sempurna

so kalau tak sempurna tu perkara biasa
tak ada pun orang pelik kalau kita ni tak sempurna
tak perlu cakap "pergi balik cermin diri"
sebab apapun kita semua mmg tak sempurna

jangan jadikan diri dibelengu masalah kerana tidak sempurna
apa yang penting dalam diri ialah keikhlasan
walaupun org cakap ikhlas tu seperti semut hitam yang berjalan atas batu hitam diwaktu malam
ikhlas dalam kehidupan in sha Allah datangnya kegembiraan
maknanya ikhlas lagi penting dari ketidaksempurnaan


ok bai
xoxo

Sunday, May 5, 2013

muka sebelum mengundi

salam all,

muka gembira sebelum mengundi.. yeeahhh smile :)


hehehehhe

Friday, May 3, 2013

aku sayang budak

salam all,
aku sayang anak-anak buah aku.. ciss cam pepoyo jer kan.. ahaks











ada lagi gmbar anak buah aku.. layan je la ni

Esok Aku Mengundi


yeaayyyyy esok aku mengundi
ini kali kedua aku mengundi
marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawab kepada negara
semoga segala proses pengundian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
pada mereka yang balik kampung mengundi.. hati-hati di jalan raya
SELAMAT MENGUNDI SEMUA!!!

Rindu Ahmad

salam all,

hari ni hari sabtu
hari ni saya keje
tiba-tiba saya rindu kat anak buah baru saya
nama dia muhammad qayyum amsyar.. atau nama glemernya ahmad..
heheh suka suki je aku tukar nama anak orang.. hahaha





aku dan ahmad
acik berdoa dan harap agar ahmad menjadi insan yang soleh 


bersama kakak ahmad.. 



punah harapan..

salam all,

haaaa tadi kawan-kawan sekolah aku ber"what app" pasal biodata seorang ustaz.. kawan aku ckp ustaz tu kalau ceramah best, kelakar and sporting.. dalam group what app aku tu adala lebih kurang 10 orang kot..ntah aku pon tak penah kira baper orang.. semua kenal ustaz tu..kecuali aku sorang

apa la nak jadi ngan aku ni..ustaz tu punya la glemer dan terkenal.. macam mana la aku nak kenal..aku tak baca surat kabar, aku tak tgok berita, aku tak layan channel malaysia sgt... ... owh ustaz yang kawan aku maksudkan tu dah kawen..so tak la rasa terkilan sangat.. ahahahaha apa la aku ni.. cissssssss sangat taguna aku ni.. kalau mak and abg long aku tau akumcm ni.. ada gak kena sembelih.. ampun makkkk.. hiks..

ha tadi gak salah sorang kawan aku tanya.. kenal tak maher zain.. ciss berlawak kasar ngan aku la tu.. yer yer yer aku ngaku..aku kenal maher zain pon dari blog gossip.. hmmmmmmmmm redha je la ye.... tapi jangan sangka aku ni urben sgt.. aku ni simple je.. cuma minat aku je terpesong sikit,, ah tak la terpesong sgt..sampai lupa asal usul dan agama.. ah sudah-sudah.. punah la harapan aku nak kahwin ngan orang ala-ala ustaz nih... heeehhh

ok bai

salam

Thursday, May 2, 2013

pejabatku sunyi

salam all,

sunyi betul pejabat aku hari ni..semalam separuh dari warga opis aku balik kampung.. nak mengundi katanya.. dah mcm hari raya pulak.. hari ni plak ramai yang half day tkut blik esok jammed.. ada nk balik kedah la, pahang la, kelantan la..

harap-harap perjalanan kamu semua selamat pergi dan balik.. aku pun tak sabar nak mengundi..ni kira kali kedua aku mengundi..owh maaaaaiiii im so excited.. nak-nak suasana sangat meriah.. heheheehee.. tahun ni kena gi mengundi ngan akak and akak ipar aku.. semua akak ipar aku mengundi kat kawasan umah aku..heran kan.. sedangkan akak ipar aku tu sorg org terengganu dan sorg lagi org perak.. tapi mengundi kat umah mak mentua.. hahhaha mungkin jarang kita dengar tpi itu la hakikatnya.. hiks..

keluarga aku ni harmoni.. cntoh rabu lepas masing2 berkumpul umah mak.. abg lan pakai baju PKR.. akak aku pakai baju BN.. akak ipar aku pakai baju PAS... tapi kami ok je.. tak de pon gaduh2..walaupun masing-masing sibuk dengan pendapat masing-masing..tapi ikatan keluarga tetap mesra.. I LOVE my sibling!! heheheheh..

tapi family aku tak tau aku sokong apa.. tapi aku cakp.. UNDI ADALAH RAHSIA.. hahaha so adik beradik aku pon bengang la.. hahaha.. apa-apaje la ye.. yang pnting kita sentiasa MESSSRAAAAAA..

owh hari ni jumaat.. so esok sabtu kena keje.. ok ok ok.. terpaksa keje sebab ada deadline yeeee... bukan kerana sangat dedikasi tapi sebab tanggungjawab...

baikla bai..
salam

Wednesday, May 1, 2013

kesetiaan yang tiada penghujungnya...

salam all

baca cerita ini...

hai kak leha, buat apa kat sini.. kak leha tak berkata apa hanya renungan sedih dilemparkan pada aku.. eh kak leha kenapa murung je ni?? ada masalahke? tiada aksi yang ditunjukkan hanya raut wajah sedih sahaja yang dilemparkan.. oh aku termanggu sebentar.. apakah aku ada buat silap atas percakapan aku.. aku sendiri termanggu..

akak ada masalah besar..tiba-tiba sahaja kak leha bersuara. Masalah? masalah apa kak? hmm umah akak dah kena lelong, kata kak leha lagi. apa?? kena lelong? mcm mana boleh jadi begitu? suami akak tak bayar dekat bank lebih dua tahun. aku termenung sebentar.. mmg aku faham benar suami kak leha yang malas kerja tu. nak kata tak ada pelajaran. belajar sampai oversea civil engineering lagi. tapi aku sendiri tak faham bangsa jenis pemalas ni.. katanya tak boleh kerja bawah orang tak boleh terima katanya.. tapi bila buat business asyik rugi je. dan aku sendiri tak faham kenapa kak leha masih sabar dan sabar dan sabar dengan suaminya sedangkan anak ramai dan masih bersekolah.

abis tu mcm mana sekarang kak? kak leha hanya menundukkan wajah. rumah tu dah dibeli oleh orang lain, sekarang orang tu minta deposit 2+1, mana akak nak cari duit. aku bertanya lagi, suami akak tak buat apa2 ke? kak leha kata suami dia sedih sangat sekarang ni dan dia tak berani nak ganggu. aduh dah tahap mcm ni pun kak leha masih menghormati dan kesian pada suaminya. aduh kak leha sangat sabar hatimu sungguh suci sifatmu, tapi minta maaf la kalau aku yang duduk di tempat kak leha, lama dah aku tinggalkan lelaki itu..

nak dibantu aku sendiri tidak mampu,  aku hanya mampu berkata pada kak leha, semoga dia fikir baik2 tentang hubungan dia bersama suaminya, jika rumah sendiri dah tergadai dan tiada tempat teduh yang mampu diberikan oleh suaminya apa lagi yang harus dia tunggu. dulu kak leha kata dia risau anak-anak akan terabai jika dia berpisah dengan suaminya..tapi sekarang lihatlah apa yang diabaikan oleh suamimu.. TANGGUNGJAWAB sebagai ketua, suami dan ayah yang mana dia WAJIB menyediakan tempat berlindung untuk isteri dan anak-anaknya... ya Allah semoga kau kurniakan rezeki yang melimpah pada kak Leha..semoga Kau berikan ketabahan yang tinggi pada kak leha.. buat anak-anak kak leha, semoga kalian tabah dan sabar.. aku hanya mampu berdoa padaNYA agar kamu semua terpelihara dan dilindunginya

pada wanita yang bergelar isteri, memang kita wajib patuh dan sayang dan ikhlas pada suami kita, tapi janganlah kita sampai mengabaikan sesuatu milik kita yang harus diberikan oleh suami.. sayangilah diri kita kerana ramai lagi sayang diri kita selain suami kita. ingatlah jangan takut untuk hidup sendirian kerana ALLAH sentiasa memberi kita jalan dan ruang untuk hidup dan percayalah adakala perpisahan adalah jalan terbaik walaupunia sangat perit dan sukar. bukan aku menggalakkan penceraian tapi jika ini kesudahannya apa yang harus aku katakan? para ibubapa sekalian jangan ingat kita tiada dosa pada anak-anak, ye dosa seorang ibubapa yang tidak mampu memberi kasih sayang, tempat berlindung dan lain-lain...

salam... 

Monday, April 29, 2013

kata-kata

salam all

sekarang ni masing-masing sibuk cerita pasal mengundi..eh aku pun nak gak la citer pasal mengundi.. hahaha.. tapi aku bukan pandai sangat nak bercerita pasal politik ni pun.. tapi apa yang aku tahu aku akan mengundi

ramai tanya aku aku pilih mana.. sebelum ni kita terang-terang mak dan ayang kita cakap undi itu rahsia.. tapi sekarang ni aku lihat macam tak tak berapa nak rahsia pun.. masing-masing berani mengeluarkan ideologi dan terang-terang menyokong hingga lupa slogan "undi itu rahsia".. mungkin slogan itu tidak boleh digunapakai lagi kot untuk zaman sekarang.. tapi apapun masing-masing bebas untuk memilih siapa yang mereka rasakan berhak untuk mentadbir.. 

tapi yang bestnya skrg ni.. macam-macam bentuk arca diorang buat dengan menggunakan bendera parti masing-masing.. ada aku lihat kereta kebal la, kapal selam la, belon yang sangat besar la, bentuk wau la.. macam-macam lagi la.. sangat meriah.. tapi tak kisahla janji kita sama-sama bersatu walaupun berlainan ideologi..

tapi selantang mana kita sokong sebuah parti itu kita kena ingat .. kita kena bersatu ...

ok la.. samapi disini jer..

salam... 



Sunday, April 28, 2013

JODOH

salam semua...

ok hari ni nak cerita pasal jodoh..ceh macam cikgu nak ngajar anak murid lak.. punya skema ayat aku ni.. ehh.. hahaha apa-apa je la

sementara abg long aku kat umah mak aku pagi tadi so aku pon buat permintaan carikan jodoh aku..tpi kalau bleh nak la yang beriman a.k.a ustaz.. yela umur pon dah 3.2 series kan.. so nak la yang terbaik.. hahahah lagipun along kan ramai kawan.. ramai kenalan..ramai segalanya lah.. ceewwaaahhhh angan-angan tinggi melambung.. hahahaha.. oleh kerana permintaan aku aku tu disebut selepas solat subuh,, abg long aku pun ajak aku duduk depan dia.. (dalam hati aku kata abisla aku kena ceramah)..

abg long cakap nak jodoh baik a.k.a ustaz kena la rajin pergi masjid.. dengar tazkirah.. bukan pegi dengar live band... eh.. bukan selalu pun gi dgr live band tu.. sebulan 2-3 kali ajeeeeeeee.. huk huk huk...

abg long kata lagi.. byk2 la baca al-quran belajar fahami tafsiran alquran.. bukan baca novel cinta.. itu semua duniawi,,, huh kena lagi

abg long kata lagi..byk2 la hafal doa untuk diri, keluarga dan org sekeliling... bukan hafal lagu rock.. along tahu kau tapis lagu rock untuk dihafal..tapi kan bagus kalau hafal doa dan perbanyakkan zikir...  baikkkk along

lagi satu abg long pesan..aurat kena jaga walaupun dalam rumah..ok abg long.... 


akak ipar aku sengih jeeeeeee... perli la tu.. baik la...


k.bai...salam




Thursday, April 25, 2013

antara mahu atau tidak


salam

kali ni aku nak cerita tentang antara mahu atau tidak

disini aku ingin kupaskan perangai setengah orang yang dia nak tapi dia malas...

kat Malaysia ni peluang terbuka luas sangat tak kira la peluang bekerja ke, berniaga ke dan macam2 lagi la.. byk cabang yang boleh kita perolehi tapi itu la..kalau ada sifat malas dan tak nak berusaha mmg tak kemana la orang tu.

contohnya la kan... ada peluang untuk memperbaiki ekonomi sendiri dan keluarga pastila la aku akan cerita pasal berniaga.. dah bagi peluang dah bagi jalan dah bagi kepercayaan..tapi masih mengharapkan orang tolong lagi ahhhh itu sudah melampau sangat malasnya.. dah bagi jalan yang sangat terbuka luas..itu pun masih malas lagi ke??? aahhh manusia itu mmg sangat malas!!!

baca ni sedikit  nasihat.. nak berubah dan menjadi yang berjaya dikalangan yang berjaya byk rintangannya.. paling utama individu itu kena korbankan masa..ye masa mmg kena korbankan.. selain masa, tenaga juga kena korbankan dan hati juga mesti bersih tapi tegas.. apapun niat untuk berubah jadi terbaik itu penting.. tapi....

seperti tajuk aku antara mahu atau tidak.. terpulangla pada seorang individu itu untuk mengubah  cara hidup dia.. peluang mmg dah ada.. tapi kena rajin skit je.. tak ada kat dunia ni org senang sambil giyang kaki..kecuali si kaki penipu je la..mmg senang goyang kaki..

okbai

salam

Sunday, April 21, 2013

bila pengorbanan itu dipandang sepi

salam

sini aku nak cerita pasal pengorbanan. aku percaya semua diantara kita pernah membuat pengorbanan,,, tp apakah perasaan bila pengorbanan itu dipandang sepi??? aku bercerita apa yang ada aku nampak dan apa aku rasa.. mungkin tidak ada pada kamu tapi sini aku akan cerita 

wah sungguh comel anak itu.. anak ketiga dari hasil perkahwinan dila.. owh sungguh hebat pengorbanan kamu dila walaupun telah disahkan doktor yang kamu tidak boleh mengandung akibat slip disc yang teruk tapi kamu masih lagi berkeras ingin mengandung demi kasih sayang kamu pada suami kamu..siang malam kamu berdoa padaNYA agar dikurniakan anak lelaki..ye anak yang diidamkan oleh suami kamu walaupun peluang untuk kamu sihat seperti dulu adalah sangat tipis.. kerana kasih dan sayang serta cinta kamu pada suami kamu..kamu korbankan apa yang sepatutnya milik kamu..

kini apa yang diidam oleh suami kami telahpun kamu berikan..tapi mengapa masih lagi kata cacian dan hinaan yang dilemparkan pada kamu.. apakah pengorbanan yang dikorbankan itu langsung tak dihargai.. owh suami apakah kamu tiada nilai kemanusiaan?? tiadakah sedikit kesalan dalam diri kamu?? 

ya aku mmg marah pada kamu tapi marah aku tapi kerana aku kasihankan isteri kamu dan masih berharap agar kamu menghargai isteri kamu kerana itu aku pendamkan kemarahan aku ini.. ini namanya pengorbanan kasih utk insan tersayang bernama dila.. 

wahai dila semoga kamu dikurniakan darjah yang maha besar dariNYA diatas pengorbanan dan kesabaran kamu dan moga suami kamu terbuka hati dan menghargai kamu..


Wednesday, April 17, 2013

pesanan aku

Jangan diserabutkan dengan apa yang telah menyerabut yang sememangnya dah pun berserabut dan ia akan kekal serabut selamanya

cerita pasal dia

ni nak cerita pasal dia
dia sangat gempak bila bercerita
tapi padahal dia tak la sehebat mana
nak dijadikan cerita pasal dia
dia tak hebat la untuk diceritakan

tapi kenapa aku letak tajuk cerita pasal dia
suka aku la nak letak tajuk apa
ini blog aku
hahahahaha..

chow

MANIFESTO AKULAROS

1. SEMUA DAPAT RUMAH SORANG SATU (SEKURANG2NYA ADA 4 BILIK)
2. SEMUA DAPAT KERETA NASIONAL SORANG SATU (KALAU ANAK RAMAI DIBERI BAS)
3. SEMUA DAPAT BAUCER AYAM SORANG SATU SETIAP MINGGU
4. SEMUA DAPAT IMBUHAN BERUPA WANG TUNAI SEBANYAK 10000 SETIAP TAHUN
5. WARGANEGARA YANG PALING RAJIN UPDATE BLOG DIBERI ELAUN KERAJINAN
6. WARGANEGARA YANG PALING BAIK DIBLOG DIBERI HADIAH BERUPA KERETA PALING MEWAH


SETAKAT NI.. ITU JE MAMPU NAK FIKIR.. MALAM KARANG MIMPI LAGI APA MANIFESTO YANG BOLEH DITAMBAH

Berabuk habis nih

giler berabuk habis rumah aku nih.. kena cari idea apa nak tulis nnt...