salam all
baca cerita ini...
hai kak leha, buat apa kat sini.. kak leha tak berkata apa hanya renungan sedih dilemparkan pada aku.. eh kak leha kenapa murung je ni?? ada masalahke? tiada aksi yang ditunjukkan hanya raut wajah sedih sahaja yang dilemparkan.. oh aku termanggu sebentar.. apakah aku ada buat silap atas percakapan aku.. aku sendiri termanggu..
akak ada masalah besar..tiba-tiba sahaja kak leha bersuara. Masalah? masalah apa kak? hmm umah akak dah kena lelong, kata kak leha lagi. apa?? kena lelong? mcm mana boleh jadi begitu? suami akak tak bayar dekat bank lebih dua tahun. aku termenung sebentar.. mmg aku faham benar suami kak leha yang malas kerja tu. nak kata tak ada pelajaran. belajar sampai oversea civil engineering lagi. tapi aku sendiri tak faham bangsa jenis pemalas ni.. katanya tak boleh kerja bawah orang tak boleh terima katanya.. tapi bila buat business asyik rugi je. dan aku sendiri tak faham kenapa kak leha masih sabar dan sabar dan sabar dengan suaminya sedangkan anak ramai dan masih bersekolah.
abis tu mcm mana sekarang kak? kak leha hanya menundukkan wajah. rumah tu dah dibeli oleh orang lain, sekarang orang tu minta deposit 2+1, mana akak nak cari duit. aku bertanya lagi, suami akak tak buat apa2 ke? kak leha kata suami dia sedih sangat sekarang ni dan dia tak berani nak ganggu. aduh dah tahap mcm ni pun kak leha masih menghormati dan kesian pada suaminya. aduh kak leha sangat sabar hatimu sungguh suci sifatmu, tapi minta maaf la kalau aku yang duduk di tempat kak leha, lama dah aku tinggalkan lelaki itu..
nak dibantu aku sendiri tidak mampu, aku hanya mampu berkata pada kak leha, semoga dia fikir baik2 tentang hubungan dia bersama suaminya, jika rumah sendiri dah tergadai dan tiada tempat teduh yang mampu diberikan oleh suaminya apa lagi yang harus dia tunggu. dulu kak leha kata dia risau anak-anak akan terabai jika dia berpisah dengan suaminya..tapi sekarang lihatlah apa yang diabaikan oleh suamimu.. TANGGUNGJAWAB sebagai ketua, suami dan ayah yang mana dia WAJIB menyediakan tempat berlindung untuk isteri dan anak-anaknya... ya Allah semoga kau kurniakan rezeki yang melimpah pada kak Leha..semoga Kau berikan ketabahan yang tinggi pada kak leha.. buat anak-anak kak leha, semoga kalian tabah dan sabar.. aku hanya mampu berdoa padaNYA agar kamu semua terpelihara dan dilindunginya
pada wanita yang bergelar isteri, memang kita wajib patuh dan sayang dan ikhlas pada suami kita, tapi janganlah kita sampai mengabaikan sesuatu milik kita yang harus diberikan oleh suami.. sayangilah diri kita kerana ramai lagi sayang diri kita selain suami kita. ingatlah jangan takut untuk hidup sendirian kerana ALLAH sentiasa memberi kita jalan dan ruang untuk hidup dan percayalah adakala perpisahan adalah jalan terbaik walaupunia sangat perit dan sukar. bukan aku menggalakkan penceraian tapi jika ini kesudahannya apa yang harus aku katakan? para ibubapa sekalian jangan ingat kita tiada dosa pada anak-anak, ye dosa seorang ibubapa yang tidak mampu memberi kasih sayang, tempat berlindung dan lain-lain...
salam...
No comments:
Post a Comment