Sunday, April 21, 2013

bila pengorbanan itu dipandang sepi

salam

sini aku nak cerita pasal pengorbanan. aku percaya semua diantara kita pernah membuat pengorbanan,,, tp apakah perasaan bila pengorbanan itu dipandang sepi??? aku bercerita apa yang ada aku nampak dan apa aku rasa.. mungkin tidak ada pada kamu tapi sini aku akan cerita 

wah sungguh comel anak itu.. anak ketiga dari hasil perkahwinan dila.. owh sungguh hebat pengorbanan kamu dila walaupun telah disahkan doktor yang kamu tidak boleh mengandung akibat slip disc yang teruk tapi kamu masih lagi berkeras ingin mengandung demi kasih sayang kamu pada suami kamu..siang malam kamu berdoa padaNYA agar dikurniakan anak lelaki..ye anak yang diidamkan oleh suami kamu walaupun peluang untuk kamu sihat seperti dulu adalah sangat tipis.. kerana kasih dan sayang serta cinta kamu pada suami kamu..kamu korbankan apa yang sepatutnya milik kamu..

kini apa yang diidam oleh suami kami telahpun kamu berikan..tapi mengapa masih lagi kata cacian dan hinaan yang dilemparkan pada kamu.. apakah pengorbanan yang dikorbankan itu langsung tak dihargai.. owh suami apakah kamu tiada nilai kemanusiaan?? tiadakah sedikit kesalan dalam diri kamu?? 

ya aku mmg marah pada kamu tapi marah aku tapi kerana aku kasihankan isteri kamu dan masih berharap agar kamu menghargai isteri kamu kerana itu aku pendamkan kemarahan aku ini.. ini namanya pengorbanan kasih utk insan tersayang bernama dila.. 

wahai dila semoga kamu dikurniakan darjah yang maha besar dariNYA diatas pengorbanan dan kesabaran kamu dan moga suami kamu terbuka hati dan menghargai kamu..


2 comments:

yaya|azura said...

Tabahkan hati ye Dila .. lelaki yang bergelar suami ni memang pelupa tunggu jatuh jelepuk baru nak ingat pengorbanan isteri.

aku la ros said...

mudah-mudahan suami dia sedar..