Monday, April 29, 2013

kata-kata

salam all

sekarang ni masing-masing sibuk cerita pasal mengundi..eh aku pun nak gak la citer pasal mengundi.. hahaha.. tapi aku bukan pandai sangat nak bercerita pasal politik ni pun.. tapi apa yang aku tahu aku akan mengundi

ramai tanya aku aku pilih mana.. sebelum ni kita terang-terang mak dan ayang kita cakap undi itu rahsia.. tapi sekarang ni aku lihat macam tak tak berapa nak rahsia pun.. masing-masing berani mengeluarkan ideologi dan terang-terang menyokong hingga lupa slogan "undi itu rahsia".. mungkin slogan itu tidak boleh digunapakai lagi kot untuk zaman sekarang.. tapi apapun masing-masing bebas untuk memilih siapa yang mereka rasakan berhak untuk mentadbir.. 

tapi yang bestnya skrg ni.. macam-macam bentuk arca diorang buat dengan menggunakan bendera parti masing-masing.. ada aku lihat kereta kebal la, kapal selam la, belon yang sangat besar la, bentuk wau la.. macam-macam lagi la.. sangat meriah.. tapi tak kisahla janji kita sama-sama bersatu walaupun berlainan ideologi..

tapi selantang mana kita sokong sebuah parti itu kita kena ingat .. kita kena bersatu ...

ok la.. samapi disini jer..

salam... 



Sunday, April 28, 2013

JODOH

salam semua...

ok hari ni nak cerita pasal jodoh..ceh macam cikgu nak ngajar anak murid lak.. punya skema ayat aku ni.. ehh.. hahaha apa-apa je la

sementara abg long aku kat umah mak aku pagi tadi so aku pon buat permintaan carikan jodoh aku..tpi kalau bleh nak la yang beriman a.k.a ustaz.. yela umur pon dah 3.2 series kan.. so nak la yang terbaik.. hahahah lagipun along kan ramai kawan.. ramai kenalan..ramai segalanya lah.. ceewwaaahhhh angan-angan tinggi melambung.. hahahaha.. oleh kerana permintaan aku aku tu disebut selepas solat subuh,, abg long aku pun ajak aku duduk depan dia.. (dalam hati aku kata abisla aku kena ceramah)..

abg long cakap nak jodoh baik a.k.a ustaz kena la rajin pergi masjid.. dengar tazkirah.. bukan pegi dengar live band... eh.. bukan selalu pun gi dgr live band tu.. sebulan 2-3 kali ajeeeeeeee.. huk huk huk...

abg long kata lagi.. byk2 la baca al-quran belajar fahami tafsiran alquran.. bukan baca novel cinta.. itu semua duniawi,,, huh kena lagi

abg long kata lagi..byk2 la hafal doa untuk diri, keluarga dan org sekeliling... bukan hafal lagu rock.. along tahu kau tapis lagu rock untuk dihafal..tapi kan bagus kalau hafal doa dan perbanyakkan zikir...  baikkkk along

lagi satu abg long pesan..aurat kena jaga walaupun dalam rumah..ok abg long.... 


akak ipar aku sengih jeeeeeee... perli la tu.. baik la...


k.bai...salam




Thursday, April 25, 2013

antara mahu atau tidak


salam

kali ni aku nak cerita tentang antara mahu atau tidak

disini aku ingin kupaskan perangai setengah orang yang dia nak tapi dia malas...

kat Malaysia ni peluang terbuka luas sangat tak kira la peluang bekerja ke, berniaga ke dan macam2 lagi la.. byk cabang yang boleh kita perolehi tapi itu la..kalau ada sifat malas dan tak nak berusaha mmg tak kemana la orang tu.

contohnya la kan... ada peluang untuk memperbaiki ekonomi sendiri dan keluarga pastila la aku akan cerita pasal berniaga.. dah bagi peluang dah bagi jalan dah bagi kepercayaan..tapi masih mengharapkan orang tolong lagi ahhhh itu sudah melampau sangat malasnya.. dah bagi jalan yang sangat terbuka luas..itu pun masih malas lagi ke??? aahhh manusia itu mmg sangat malas!!!

baca ni sedikit  nasihat.. nak berubah dan menjadi yang berjaya dikalangan yang berjaya byk rintangannya.. paling utama individu itu kena korbankan masa..ye masa mmg kena korbankan.. selain masa, tenaga juga kena korbankan dan hati juga mesti bersih tapi tegas.. apapun niat untuk berubah jadi terbaik itu penting.. tapi....

seperti tajuk aku antara mahu atau tidak.. terpulangla pada seorang individu itu untuk mengubah  cara hidup dia.. peluang mmg dah ada.. tapi kena rajin skit je.. tak ada kat dunia ni org senang sambil giyang kaki..kecuali si kaki penipu je la..mmg senang goyang kaki..

okbai

salam

Sunday, April 21, 2013

bila pengorbanan itu dipandang sepi

salam

sini aku nak cerita pasal pengorbanan. aku percaya semua diantara kita pernah membuat pengorbanan,,, tp apakah perasaan bila pengorbanan itu dipandang sepi??? aku bercerita apa yang ada aku nampak dan apa aku rasa.. mungkin tidak ada pada kamu tapi sini aku akan cerita 

wah sungguh comel anak itu.. anak ketiga dari hasil perkahwinan dila.. owh sungguh hebat pengorbanan kamu dila walaupun telah disahkan doktor yang kamu tidak boleh mengandung akibat slip disc yang teruk tapi kamu masih lagi berkeras ingin mengandung demi kasih sayang kamu pada suami kamu..siang malam kamu berdoa padaNYA agar dikurniakan anak lelaki..ye anak yang diidamkan oleh suami kamu walaupun peluang untuk kamu sihat seperti dulu adalah sangat tipis.. kerana kasih dan sayang serta cinta kamu pada suami kamu..kamu korbankan apa yang sepatutnya milik kamu..

kini apa yang diidam oleh suami kami telahpun kamu berikan..tapi mengapa masih lagi kata cacian dan hinaan yang dilemparkan pada kamu.. apakah pengorbanan yang dikorbankan itu langsung tak dihargai.. owh suami apakah kamu tiada nilai kemanusiaan?? tiadakah sedikit kesalan dalam diri kamu?? 

ya aku mmg marah pada kamu tapi marah aku tapi kerana aku kasihankan isteri kamu dan masih berharap agar kamu menghargai isteri kamu kerana itu aku pendamkan kemarahan aku ini.. ini namanya pengorbanan kasih utk insan tersayang bernama dila.. 

wahai dila semoga kamu dikurniakan darjah yang maha besar dariNYA diatas pengorbanan dan kesabaran kamu dan moga suami kamu terbuka hati dan menghargai kamu..


Wednesday, April 17, 2013

pesanan aku

Jangan diserabutkan dengan apa yang telah menyerabut yang sememangnya dah pun berserabut dan ia akan kekal serabut selamanya

cerita pasal dia

ni nak cerita pasal dia
dia sangat gempak bila bercerita
tapi padahal dia tak la sehebat mana
nak dijadikan cerita pasal dia
dia tak hebat la untuk diceritakan

tapi kenapa aku letak tajuk cerita pasal dia
suka aku la nak letak tajuk apa
ini blog aku
hahahahaha..

chow

MANIFESTO AKULAROS

1. SEMUA DAPAT RUMAH SORANG SATU (SEKURANG2NYA ADA 4 BILIK)
2. SEMUA DAPAT KERETA NASIONAL SORANG SATU (KALAU ANAK RAMAI DIBERI BAS)
3. SEMUA DAPAT BAUCER AYAM SORANG SATU SETIAP MINGGU
4. SEMUA DAPAT IMBUHAN BERUPA WANG TUNAI SEBANYAK 10000 SETIAP TAHUN
5. WARGANEGARA YANG PALING RAJIN UPDATE BLOG DIBERI ELAUN KERAJINAN
6. WARGANEGARA YANG PALING BAIK DIBLOG DIBERI HADIAH BERUPA KERETA PALING MEWAH


SETAKAT NI.. ITU JE MAMPU NAK FIKIR.. MALAM KARANG MIMPI LAGI APA MANIFESTO YANG BOLEH DITAMBAH

Berabuk habis nih

giler berabuk habis rumah aku nih.. kena cari idea apa nak tulis nnt...