Tuesday, May 14, 2013

padan muka aku

salam all,

isnin lepas balik dari keje..redah jammed
semalam gi keje n balik keje ok la tak berapa jammed
hari ni pagi gi keje kul 9.30 pg pon jammed.. alahai kl..
sekarang ni bunyi guruh..sure lebat jaap lagi..
eh guruh tak semestinya hujan.. hiks

pagi tadi aku bangun lewat
otipun lepas dengar cik melah bising2..
cik melah membebel suh mandi cepat..yer la nnt baju tak lambat basuh kan
masa cik melah membebel n marah2 aku pun menyampuk ckp cik melah
"mak jangan marah-marah pepagi buta ni mak.. nnt rezeki tak masuk mak"
pastu cik melah pon sound direct kat aku
"kepala hotak kau pepagi buta..ko tak nampak langit dah tinggi tu.. apa la nak jadi.."
cisssss... baru kejap tadi aku rasa baru pas subuh.. takkan kejap dah tinggi langit..
confirm aku lambat masuk opis.. 8.30 baru bngun tid..mmg la lambat..for sure lambat..
sib baik tak ada apa-apa appointment.. dan juga
sib baik aku bos kecik kat kat opis ni..so masuk lambat pon tarak hal

k nak sambung main game..
*addicted ngan candy crush... ntah la apa yang boleh jadi ketagih nih..

Monday, May 13, 2013

ceritera itu tidak pernah habis

dulu tak sama sekarang
sekarang tak macam dulu
dulu tak banyak cerita
sekarang banyak cerita

dulu tak banyak nak fikir
sekarang banyak kena fikir
dulu tak perlu selindung
sekarang banyak kena selindung

cerita pasal ceritera bukan hikayat
ceritera sedih ceritera gembira
ceritera yang tidak pernah habis
ceritera yang sentiasa berubah-ubah

ceritera itu perlu dijaga
adakala ceritera itu perlu dicerita
cerita pasal ceritera itu bukan untuk mengungkit
ceritera itu boleh buat seseorang itu sedar apa perlu dijaga

jaga diri, jaga tingkah laku
jaga adab, jaga kata-kata
jaga perhubungan, jaga silaturahim
jaga hati, jaga amanah

nak tempuh hidup bukan senang
banyak yang dikorban dan dikorbankan
kalau jaga diri pun banyak perlu dikorban
apatah lagi untuk menjaga orang lain

jangan pentingkan diri
pentingkan orang lain juga
hargai apa yang ada dan pernah ada
ingat masing-masing ada ceritera masing-masing

hidup tak lekang dengan dugaan
dugaan itu bagus, dugaan itu buat kita sedar
nak jadi baik bukan senang apatah lagi jadi yang terbaik
nak jadi baik hidup kena lengkap

sebelum kita lengkap pasti ada jasa
jasa itu bukan dari kita tapi dari orang lain
ada jasa perlu dibayar dan ada jasa tak perlu dibayar
jasa itu tak perlu diungkit tapi kadang-kadang perlu diingatkan

seperti kamu nak dihormati
kamu juga kena menghormati
hormat pada semua terutama yang berjasa
barulah kamu akan sedar diri dan dapat penghormatan

janganlah hidup mendongak langit
berjalanlah pada jalan lurus
kita hidup kena sentiasa beringat
kehidupan kita ini sangat kudus

orang kata kalau ikhlas tak akan ungkit
tpi aku cakap ungkit tu perlu agar kita sedar siapa diri kita
ingat kata-kata itu ibarat pisau mengguris hati
diluar kita tidak dapat lihat didalam hati siapa tahu

faham????
okbai

hobi masa lapang

salam all,


last saturday aku meniaga air..


haaa air soya..air milo dah habis.. tak sempat nak amik gambar.. sajer je suka2 niaga ni..  nak kata hobi. boleh la juga..sbb aku mmg suka giler niaga air sedap.. sebab aku pun suka air sedap.. hahahaha.. 
apapun air soya aku mmg terbaik.. berkat bangun 4 pagi masak air soya dengan penuh kasih sayang.. 

Thursday, May 9, 2013

yang mana satu ni

salam all,

ha tadi tetina kawan aku call nak ajak gi bercuti sempena birthday dia.. ok tengah bulan.. pastu dekat plak tarikh mak aku nak gi umrah..so erti kata lain masa tu aku tak berapa nak ada  duit la kan. aku pn ok je.. ala takat berapa ratus ok lagi kot... tp kalau ada org sponosr lagi beeessstttt... hahahahah

tapi itu bukan persoalannya.. yang pening sekarang ni..kawan-kawan aku ni kan sorang nak naik keretapi, sorang nak naik flight, sorang nak naik bus, sorang sanggup driving..haaa semua pilihan ada..kecuali jaln kaki la kan.. hahaha


aku tak kisah mana-mana je aku leh ikut... bukannya aku tak pernah naik bus, keretapi, kereta etc.. tapi aku lebih suka naik keretapi la

kenangan bersama family.. last year vacation.. langkawi.. we all semua naik keretapi best sebenarnya....




adik aku n akak ipar

tido time

subuh di keretapi

celik mata lihat hijau


Tuesday, May 7, 2013

terbayang

salam all,

haaa..ni tetiba je aku terbayang makanan ni
heh....parah dah aku ni

sup tulang merah.. singapore..mmg best.. terbaikkk

aku dan anak buah

salam all

aktiviti bersama anak buah 2 ketol ni
ain n sofe


hehehe confirm la aku yang lukis ni
cuba teka mana tangan ain n mana tangan sofea



walaupun berlainan kita mempunyai satu hati... sayang semua!!!

Hormat

salam all,

minggu lepas aku terina surat dari sebuah organisasi nak buat inspection katanya..surat itu tertulis pukul 10 pagi.. so aku pun macam baiasa la tnggu kedatangan pegawai terbabit.. kebetulan aku mmg terlewat g opis so mmg tak breakfast pun cuma smpat minum milo segelas sbagai alas perut. yer la kita takut la nnt pegawai tu datang kita tak bersedia lak kan

nak dijadikan cerita tunggu punya tunggu smpai 12,30 tak muncul tiba..peruit aku dah mula krik kruk krak dah..mmg dah tahap gigil tahan lapar ni..even satu panggilan telefon pun tak dapat. yer la selalunya pegawai yang buat inspection akan call ckp tak jadi atau terleweat.. ini langsung tak de call aku.. so aku pun anggap tak jadi la perjumpaan tu.. dan dengan senang hati aku keluar makan..yer la time rehat.. dan kebetulan aku tapau je makanan..

sampai di opis aku tgok pegawai tu ada diluar opis.. so salah sorg staff aku ckp la.."Encik pergi la rehat dulu, sekrang waktu rehat".. tpi dengan sombong pegwai tu berkata "saya tak ada masa dah, saya cari parking pun sejam, lepas ni saya ada kat sykt lain dan kalau tak nak layan saya saya bagi notis terus".. wah sungguh enak ayat kamu wahat encik inspection..

mmg sangat sombong encik itu, lalu aku pun berkata.. tak pe la encik masuk dulu.. kejap lagi saya datang tapi encik tu masih marah2 lagi.. sampai aku kena pujuk "encik masuk la dulu" ciss tak pernah aku begitu.. sebenarnya ikut hati mmg nak je aku marah.. yer la kau sepatutnya kena hormat time rehat orang sebenarnya.. mcm company aku ni bleh la toleransi sikit cuba pergi sykat yang time rehat tu la time dia nak mkn, solat dan berehat confirm encik kena maki.. encik kena tahu..pekerja swasta time rehat dia tak bebayar gajinya..dan nak-nak kalau company tu sgt berkira lagi la encik kena hormat masanya..

nasib baik aku bleh tahan lapar perut ni tadi.. kalau tak ada gak pengsan kat  opis ni

so hormatila masa...

salam all