Sunday, December 20, 2009

heart breaking!!!


bila heart breaking mmg suka buat keje mengarut mcm ni:p...

Sunday, December 13, 2009

anemia.

PENGENALAN

Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.


TANDA-TANDA

1. Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam
kelopak mata.
2. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.
3. Pendek nafas apabila melakukan senaman..
4. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
5. Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh
oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
6. Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara
luarbiasa.
7. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru
yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
8. Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.


SEBAB-SEBAB

1. Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.

2. Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik..

3. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.

4. Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).

5. Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.

6. Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.

7. Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.

8. Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit


Rujuk doktor di mana beliau akan menentukan sebab dan rawatan yang sewajarnya..

PETUA MENCEGAH

Makanlah makanan seimbang yang mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun dan hati.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Arwah bapa saya adalah seorg pesakit kanser tulang dan baru2 ni seorg anak buah saya dikesan menghidap anemia. anemia ini selalunya adalah penyakit keturunan yang disebabkan beberapa faktor. tapi tidak dapat dipastikan samada ia adalah kesan dari genetik keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kanser. jika ada info, mari la kita kongsi bersama dengan saya

iktibar...

last week borak2 ngan my sis.. kak imah..

me : mcm mana keputusan?
k.imah : diorg nak scan dulu
me : the posibility?
k.imah : sah la brain tumor
me : mcm dulu?
k.imah : besar dari dulu
me : kan dah laser dulu?
k.imah : its still there..

yaAllah ya tuhanku... selamat kan kakak ku.... permudahkan perjalanan hidupnya..
panjangkan umurnya.. amin..
-------------------------------------------------------------------------------------------
definasi tumor otak
Penyakit tumor otak merujuk kepada sebarang jisim yang terhasil akibat ketumbuhan luar biasa atau pertumbuhan luar kawal sel yang terdapat pada otak (neuron, sel glial, sel epithelial, sel penghasil myelin dan sebagainya.) atau sel tumor yang merebak (metastasis) dari tempat lain. Tumor otak biasanya terletak di posterior ketiga otak pada kanak-kanak dan dua per tiga anterior otak pada orang dewasa.

Thursday, December 10, 2009

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.


Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.


Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.


Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).


Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.


Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.


Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.


Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu kita mempunyai harapan, rawatan alternatif. Memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

mana mau pegi???!!!!


kenapa hari ni..
serba serbi tak kena hari ni...
mcm2 fikir itu ini..
tak boleh jadi macam ni..


~~~~~~~~~~~runway~~~~~~~~~~~~~~

sesuai tul lagu ni..
meresap dalam jiwa nurani..
hilang skit dug dag dig jiwa ni..
layan jer la lagu ni...
ooppss.. mcm kena vacation je ni...
tp masa takde ni..
hari2 dok layan perasaan ni...
bila nak sudah ni...
owh sungguh ku sedang merindu!!!!!!

Wednesday, December 9, 2009

cakap2 ajer

waktu sakit mcm ni
segalanya tak sedap badan
segalanya tak menarik perhatian
segalanya membosankan
segalanya meletihkan
segalanya menyesakkan
segalanya membingungkan


doktor dah jumpa.. tpi kata2 doktor membuat rasa tercuncap2
takut n berdebar...
tak ada kekuatan lagi mau tempuh
nnt2 la buat...
sekarang ni.. tahan jer la keje tgah byk
keje kuat, tp tak kaya2 lagi
bila mau kaya pown tak tau
hati tengah meluap2 rasa gelisah
ntah bila mau baik balik seperti org normal
org giler pown tak macm ni..
oh betapa ku rindu..
masakan mak lama tak dijamah
bila mau jamah pun tak pasti..
jemputan mkn kenduri melambak2
nak pegi mana satu pown tak tau
ikut hati mau pegi semua..
ntah sempat ke tidak nak penuhi
ayyaarrkkss.. masa dah semakin suntuk
tp masih menunggu keputusan
hukuman masih dijalankan..
entah bila mau diampunkan..
berserah padaNYA hanya takdir menentukan segalanya
apapun yang pasti.. aku masih menunggu... mcm lagu ni...

jom layan...